Pendekatan "Blue Ocean Srategy" dalam Pengurusan Tingkatan Enam di Negeri Johor
Oleh:
Hj Wahid Bilaji
Pengerusi MPPT6 Johor
Tingkatan Enam merupakan peringkat tertinggi dalam pendidikan menengah di Malaysia. Ia menyediakan pelajar untuk kemasukan ke universiti. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu Gerbang ke Menara Gading. Ia juga boleh dilihat sebagai peringkat transisi daripada sistem pendidikan "sekunder" ke sistem pendidikan "tertiar". Oleh itu wajarlah ia dibezakan daripada sistem persekolahan menengah biasa, seperti mana kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom;

Tingkatan Enam sebenarnya menyediakan pelajar untuk Universiti. Justru, para pelajar Tingkatan Enam perlu diberi kemahiran-kemahiran untuk menjadi pelajar universiti yang lebih berdikari dari segi penimbaan ilmu. Mereka perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di universiti, sebagaimana kata Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;
Dari sudut "Red Ocean Strategy", sistem pembelajaran di Tingkatan Enam bersaing dengan kolej-kolej swasta dan kolej matrikulasi kerajaan dari banyak aspek. Ia bersaing dalam menarik pelajar-pelajar lepasan SPM dengan kolej-kelej yang tersebut bagi menyediakan mereka persiapan ke Universiti. Sejauh ini nampaknya lepasan SPM lebih berminat untuk masuk ke kolej-kolej tersebut. Kemasukan ke Tingkatan Enam nampaknya hanya sebagai pilihan terakhir.
Walau bagaimanapun, sejak kerajaan memberikan perhatian khas kepada sistem pendidikan di Tingkatan Enam, telah wujud satu trend di mana lepasan SPM mula meminati Tingkatan Enam. Dengan adanya perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap pendidikan di Tingkatan Enam itu menjadikan pelajar merasa lebih berkeyakinan. Sebagai contoh, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam. Dalam hal ini pelbagai aspek pengurusan Tingkatan Enam akan diubah atau diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Sekolah Khas Tingkatan Enam. Seperti kata Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;|
Faktor |
Tingkatan 6 |
Kolej |
|
|
1 |
Penjimatan Kos |
Tinggi |
Rendah |
|
2 |
Nilai Sijil |
Tinggi |
Rendah |
|
3 |
Penjimatan Tempoh Kursus |
Rendah |
Tinggi |
|
4 |
"Contact Hours" Pengajar dengan Pelajar |
Tinggi |
Rendah |
|
5 |
Pengawasan Penjaga |
Tinggi |
Rendah |
|
6 |
Pilihan mata pelajaran |
Tinggi |
Rendah |
|
7 |
Kandungan Ilmu yang disampaikan Pengajar |
Tinggi |
Rendah |

Rajah: Strategy Canvas Sistem Tingkatan Enam berbanding dengan Sistem Kolej Dari aspek Faktor Persaingan Penjimatan Kos, Tingkatan Enam nampaknya lebih baik dari Kolej kerana kos yang lebih rendah. Pelajar di Tingkatan Enam tidak perlu membayar yuran pengajian dan lain-lain bayaran yang tinggi seperti yang dikenakan oleh kolej.
Nilai Sijil Peperiksaan Awam (Sijil Tinggi Persekolahan, STPM) Tingkatan Enam, ternyata lebih bernilai daripada Sijil Kolej (contohnya Matrikulasi) kerana STPM diiktiraf di seluruh dunia sebagai menyamai GCE "A" Level peringkat Cambridge. Sekalipun pelajar tidak dapat masuk ke univerisiti selepas STPM, sijil itu "laku" untuk digunakan bagi kemasukan ke institusi-instusi lain dan bagi tujuan mencari kerja.
Walau bagaimana pun, dari segi Penjimatan Tempoh Kursus, kolej Matrikulasi nampaknya lebih baik kerana ia hanya mengambil masa setahun sahaja untuk pelajar menamatkan pengajian, berbanding dengan Tingkatan Enam yang memakan masa 20 bulan. Pelajar Tingkatan Enam mempunyai masa yang lebih untuk berinteraksi dengan pengajar mereka. Justru jika dibandingkan dari segi "Contact Hours" dengan pengajar, Tingkatan Enam ternyata lebih baik.Pelajar Tingkatan Enam rata-rata tinggal bersama keluarga sepanjang mereka menuntut di Tingkatan Enam. Ini lebih memberi banyak masa dan peluang kepada para penjaga mengawasi dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka yang berada di Tingkatan Enam, bebanding dengan pelajar Kolej yang kebanyakannya tinggal berjauhan dari keluarga. Oleh itu dari segi Pengawasan Penjaga, Tingkatan Enam adalah lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai pilihan yang lebih luas dari segi Pemilihan Mata Pelajaran yang ingin diambil kerana dari segi jumlah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem Tingkatan Enam ianya adalah lebih banyak berbanding dengan Kolej. Tingkatan Enam menawarkan 23 mata pelajaran untuk dipilih.
Kandungan Ilmu dan isi kandungan sesuatu kertas/mata pelajaran yang diajar dalam Tingkatan Enam pada amnya adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej. Ini disebabkan lebih banyak masa diperuntukkan bagi mempelajari sesuatu mata pelajaran. Selain itu, "contact hours" bersama pengajar adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej. Keluk Nilai (Value Curve) dalam sistem Tingkatan Enam








Tiga unsur yang tidak ada dalam Sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Tingkatan Enam;
Ketiga-tiga unsur ini dikenali sebagai "Fokus" dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy". Inilah kelainan-kelainan yang membezakannya dengan sistem kolej. Unsur-unsur ini tidak bersaing dengan sistem yang ada di kolej.
Keluk Nilai (Value Curve) dan Fokus dalam Pengurusan Tingkatan Enam berbanding Kolej
Dalam "Strategy Canvas" di atas dapat dilihat "Divergence" yang agak ketara dalam perbandingan di antara unsur-unsur utama dalam sistem persekolahan Tingkatan Enam dengan Kolej. Sebahagian besarnya adalah berpihak kepada Tingkatan Enam. Ini membawa maksud bahawa sepatutnya Tingkatan Enam lebih menarik daripada sistem Kolej seperti Matrikulasi dan sebagainya. Selain dari itu terdapat 3 fokus iaitu unsur-unsur yang tidak terdapat dalam sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Persekolahan Tingkatan Enam. Justru sepatutnya ini memperkuatkan lagi hakikat bahawa Tingkatan Enam seharusnya menjadi pilihan utama lepasan-lepasan SPM.Lebihnya minat lepasan SPM terhadap sistem Kolej adalah lebih dipengaruhi oleh faktor "Emotional" daripada "Functional". Pelajar mungkin merasa lebih "glamour" berada di Kolej berbanding di Tingkatan Enam. Justru, dalam usaha untuk menarik minat lepasan SPM memasuki Tingkatan Enam, usaha-usaha perlu dibuat untuk memanupulasi faktor "Emotinal" ini agar ianya berpiak ke sistem Tingkatan Enam
. Dengan lain perkataan, pelajar merasa lebih "glamour" berada di Tingakatn Enam. Sebagai salah satu cara membuat Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, suatu "Compelling Tagline" harus difikirkan, dicari dan diwujudkan supaya sistem Tingkatan Enam mempunyai suatu identiti yang boleh menarik minat lepasan SPM ke arahnya. Antaranya ialah dengan mengubah nama Tingkatan Enam kepada "Kelas Pra-U". Selain itu suatu Motto yang mencerminkan fungsi Tingkatan Enam sebagai wadah untuk menyediakan pelajar ke Universiti perlu diwujudkan. Contohnya seperti "Tempah Univerisiti di Sini", "Universiti Melamar Anda di Sini", dan sebagainya.Penjenamaan Semula Tingkatan Enam sebagai satu pendekatan "Blue Ocean Strategy
" Sesungguhnya langkah kerajaan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam merupakan suatu pendekatan "Blue Ocen Strategy". Langkah-langkah yang akan diambil dalam proses ini bukan sahaja untuk menjadikan Tingakatan Enam lebih menarik, tetapi juga untuk memartabatkan sistem tersebut, sesuai dengan Teras 3 dan Teras 6 dalam PIPP. Jumlah lepasan SPM tahun 2007 yang layak masuk ke Tingkatan Enam adalah seramai 180,630 orang. Dari jumlah tersebut, 127,879 layak untuk masuk ke dalam jurusan Kemanusiaan, sementara seramai 52,751 orang dalam aliran sains. Jika dibandingkan dengan jumlah calon yang memasuki Kolej Matrikulasi seramai 32,685 orang, jumlah yang memasuki Tingkatan Enam sebenarnya memerlukan lebih perhatian.

Sesuai dengan era ICT dan globalisasi, sistem penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang menggabungkan;

Sepertimana kaedah di Universiti, syarahan boleh dibuat secara "mass" di dewan yang boleh menempatkan jumlah peserta yang ramai. Ini dapat menjimatkan tenaga pensyarah. Syarahan kemudiannya diikuti dengan tutorial yang membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil, mungkin mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Bagi melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan berketrampilan, kaedah Kajian Tindakan dan Seminar sangat sesuai untuk dilaksanakan. Ini akan melatih pelajar berdikari disamping membina semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan mereka. Nilai-nilai kepimpinan dan lain-lain nilai positif dapat dipupuk. Kaedah pembelajaran secara dalam talian (online) merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di zaman ini lebih-lebih lagi kerana akses kepada internet boleh dicapai di mana-mana. Bahan-bahan kuliah dan "assignment" dapat disampaikan terus di dalam talian. Pelajar-pelajar boleh mengaksesnya dari mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Untuk itu kemudahan mengakses internet secara wifi perlu ditingkatkan, khususnya dalam kawasan sekolah. Semua pelajar boleh membangunkan laman web atau blog untuk memudahkan mereka mengurus bahan-bahan kursus ataupun berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan kuliah. PTE Brunei, MRSM dan beberpa IPT adalah contoh pusat-pusat pendidikan yang mengamalkan kaedah ini. Pensyarahan mata pelajaran English di PTE Brunei menggunakan blog untuk memberi tugasan kepada pelajar-pelajar."Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan" .
Untuk itu, peraturan dan undang-undang sekolah yang digunapakai sekarang perlu diubahsuai mengikut keperluan tahap pelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Enam itu sendiri. Ubahsuai perlu dilakukan terhadap beberapa aspek seperti;
Dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy", kesemua langkah ini boleh digambarkan dalam rajah "Four Actions Framework" yang membandingkan sistem lama yang ada sekarang dengan sistem Penjenamaan Semula ini.



Pendekatan "Blue Ocean Strategy" berkisar di sekitar penurunan Kos dan peningkatan Nilai (Buyer Value). Peertembungan kedua-dua ini mewujudkan "Value Innovation". Dalam proses Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, aspek yang diturunkan ialah Peraturan-peraturan Rigid yang mengawal sistem persekolahan tahap menengah atas (Tingkatan 5) ke bawah, dan diganti serta diubahsuai kepada keadaan yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Prasarana dan kemudahan-kemudahan ditingkatkan. Dengan cara ini, "Value Innovation" yang dicapai ialah persekolahan Tingkatan Enam bentuk baru yang lebih menarik minat pelajar di samping dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermutu dan berupaya bersaing dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.
Apabila penjenamaan semula Tingkatan Enam ini menjadi kenyataan, sistem Tingkatan Enam akan menjadi lebih relevant kepada para lepasan SPM yang kini bertambah dari setahun ke setahun sehingga mencecah ke angka dua ratus ribu setahun. Buat masa ini sebahagian besar daripada mereka menolak tawaran tersebut kerana mungkin kurang yakin dengan sistem Tingkatan Enam. Justru, langkah-langkah penjenamaan semula Tingkatan Enam perlu disegerakan. Apa yang diharapkan ialah kita akan melihat minat pelajar akan beralih kepada sistem Tingkatan Enam dalam dekad-dekad mendatang ini. Akhirnya negara akan dapat menghasilkan lepasan Tingkatan Enam yang lebih berkualiti bagi menghadapi cabaran globalisasi, sekaligun membantu menaikkan taraf IPT-IPT negara ini sebaris dengan universiti-universiti yang ternama di dunia.